Jika tidak keluar dari Gaza, 25 pelajar Palestin bakal hilang biasiswa universiti Britain

Jika tidak keluar dari Gaza, 25 pelajar Palestin bakal hilang biasiswa universiti Britain

RAKYAT Palestin berkumpul di sekitar trak bantuan yang masuk dari persimpangan Karem Abu Salem, di Khan Younis, selatan Gaza, kelmarin. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seramai 25 pelajar Palestin dari Gaza yang memperoleh biasiswa penuh di universiti-universiti ternama Britain kini berisiko kehilangan tempat sekiranya tidak dipindahkan keluar dari wilayah itu sebelum hujung minggu ini.

Amaran itu disampaikan oleh ketua-ketua universiti kepada Perdana Menteri United Kingdom (UK), Keir Starmer.

Para pelajar berkenaan ditawarkan tempat di universiti berprestij termasuk Cambridge, Oxford, Bristol, Exeter, Glasgow, Sussex dan University College London bagi mengikuti pengajian di peringkat sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah.

Namun, mereka mungkin kehilangan peluang keemasan itu jika tidak tersenarai dalam pemindahan yang dijadualkan pada 22 dan 26 Oktober ini.

Dalam surat bersama kepada Starmer, naib canselor dan presiden daripada tujuh universiti terbabit turut menzahirkan kebimbangan mendalam terhadap halangan birokrasi yang menjejaskan masa depan pelajar-pelajar tersebut.

Mereka juga mengkritik larangan kerajaan yang menghalang pelajar Palestin daripada membawa tanggungan ke UK.

Menurut laporan The Independent, pentadbiran universiti itu menggesa ‘kuasa budi bicara’ digunakan untuk membenarkan keluarga pelajar menetap bersama mereka. Hanya sembilan daripada pelajar berkenaan yang mahu membawa ahli keluarga masing-masing.

“Pelajar-pelajar ini ber­depan pilihan mustahil iaitu sama ada mengejar impian akademik mereka atau meninggalkan keluarga di zon perang,” kata mereka dalam surat tersebut.

Beberapa pelajar dilaporkan terpaksa meninggalkan anak-anak kecil, termasuk bayi berusia tiga bulan, demi meneruskan pengajian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN