Hanya orang Palestin boleh mentadbir Gaza – Hamas

Hanya orang Palestin boleh mentadbir Gaza – Hamas

KANAK-KANAK Palestin bermain di luar khemah penempatan di Khan Younis, Gaza. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Hamas bersetuju dengan beberapa bahagian dalam pelan damai 20 perkara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, tetapi menegaskan unsur tertentu dalam cadangan tersebut masih perlu dirundingkan semula.

Menurut seorang sumber kepada Al Jazeera, kumpulan tersebut menyerahkan jawapan rasmi mereka kepada Trump pada Jumaat, beberapa jam selepas Presiden AS itu memberikan masa sehingga Ahad untuk memberi maklum balas.

Dalam pelan Trump, beliau menuntut gencatan senjata segera, pertukaran semua 48 tebusan Israel yang masih tinggal dengan tahanan Palestin, pembentukan kerajaan peralihan yang diketuai oleh badan antarabangsa dan pelucutan senjata Hamas.

Respons Hamas menyebut mereka bersetuju membebaskan semua tebusan sama ada yang masih hidup atau tidak.

Hamas turut menyatakan kesediaan segera memasuki rundingan melalui perantara bagi membincangkan butiran pertukaran tebusan.

Namun, Hamas menekankan pentadbiran Gaza tidak wajar diserahkan kepada badan antarabangsa yang dikendalikan oleh pihak luar dan menyatakan Gaza patut dikendalikan oleh sebuah badan teknokrat Palestin.

Katanya, ia berdasarkan konsensus nasional Palestin dan sokongan Arab serta Islam, bukannya melalui Board of Peace yang diketuai pihak di luar Palestin.

Dengan menyatakan keengganannya terhadap mekanisme kawalan asing dalam pentadbiran Gaza, Hamas menunjukkan mereka ingin mengekalkan kawalan politik dan autonomi dalam masa depan wilayah itu.

Ketidaksepakatan terhadap Board of Peace mencerminkan keinginan Hamas agar Gaza tidak diasingkan dari perjuangan Palestin secara keseluruhan kerana mereka tidak mahu wilayah itu dijadikan kawasan pentadbiran yang terpisah daripada naratif nasional Palestin.

Sebagai reaksi, Qatar dan Mesir menyambut baik kenyataan terbaharu Hamas dan menyatakan harapan respons tersebut menjadi titik tolak kepada penamatan genosid yang sudah meragut puluhan ribu nyawa.

Dalam kenyataan rasmi, Kementerian Luar Qatar berkata mereka mula bekerjasama rapat dengan Mesir dan AS bagi meneruskan rundingan berdasarkan cadangan yang dikemukakan.

Mesir pula menyifatkan respons Hamas sebagai perkembangan positif dan menyatakan komitmen untuk bekerja bersama negara Arab, AS dan Eropah bagi mencapai gencatan senjata kekal.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, melalui jurucakapnya, menyeru semua pihak untuk merebut peluang ini bagi menamatkan konflik tragis di Gaza.

Presiden Perancis Emmanuel Macron, pemimpin pembangkang Jerman Friedrich Merz dan Perdana Menteri Britain, Keir Starmer masing-masing menyifatkan kenyataan Hamas sebagai satu langkah penting ke arah perdamaian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×