Gaza dibedil Israel 131 kali dalam tempoh 48 jam, ratusan maut - Utusan Malaysia

Gaza dibedil Israel 131 kali dalam tempoh 48 jam, ratusan maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Dalam tempoh hanya dua hari, langit Gaza kembali gelap dengan asap dan api apabila tentera Israel melancarkan 131 serangan bertubi-tubi menyasarkan kawasan padat penduduk, sekolah, pusat perlindungan, serta lokasi agihan bantuan kemanusiaan.

Menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza, serangan kejam itu mengorbankan sekurang-kurangnya 130 nyawa, termasuk wanita dan kanak-kanak, manakala lebih 260 lagi dilaporkan cedera. Puluhan masih dipercayai terperangkap di bawah runtuhan bangunan yang musnah sama sekali.

Antara lokasi yang disasarkan termasuk Sekolah Mustafa Hafez, yang ketika itu dijadikan tempat perlindungan oleh ribuan pelarian, serta kawasan khemah pelarian di al-Mawasi.

“Kami bangun dengan bunyi letupan yang menggoncang seluruh bangunan. Orang ramai terbakar tanpa bantuan. Tiada siapa datang menyelamatkan,” kata Ahmed Mansour, seorang pelarian yang berlindung di sekolah tersebut.

Saksi-saksi kejadian dan kumpulan hak asasi manusia mendakwa banyak serangan dilakukan tanpa sebarang amaran awal, satu pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Mereka turut menyuarakan kebimbangan terhadap penggunaan peluru hidup dan bom tangan oleh tentera Israel, termasuk di tapak agihan bantuan.

Pasukan perubatan yang cuba memberi bantuan pula berdepan tembakan berterusan, menyukarkan usaha menyelamat mangsa yang terperangkap atau parah.

Beberapa negara, termasuk Greece dan Afrika Selatan, menghantar wakil diplomatik ke Gaza untuk memantau keadaan rakyat mereka yang terperangkap di wilayah bergolak itu.

Namun, usaha antarabangsa masih perlahan, dan gencatan senjata yang rapuh antara Israel dan Hamas sebelum ini gagal dipertahankan, menyebabkan penderitaan penduduk semakin meruncing.

Israel mempertahankan tindakannya dengan menyatakan operasi tersebut adalah untuk memerangi Hamas, namun imej-imej kemusnahan yang tersebar jelas menunjukkan orang awam terus menjadi mangsa utama konflik yang tidak berkesudahan ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN