BEIJING: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menghadiri perarakan ketenteraan memperingati 80 tahun tamatnya Perang Dunia Kedua di China pada Rabu, walaupun sebelum ini membatalkan lawatannya susulan gelombang protes berdarah di tanah air. Beliau tiba di Beijing pagi Rabu, menurut Kementerian Luar China yang menyatakan pihaknya mengalu-alukan kehadiran tersebut. Ekonomi terbesar Asia Tenggara itu digoncang protes besar-besaran yang mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang, berpunca daripada pemberian pelbagai keistimewaan mewah kepada ahli Parlimen. Prabowo…