NEW YORK: Singapura, Jepun dan Korea Selatan antara negara Asia yang masih belum mengiktiraf Palestin biarpun sejumlah negara Barat sudah mula ‘membuka mata’ mengenai kemerdekaan negara itu. Tindakan itu menjadikan ketiga-tiga negara berkenaan ‘setaraf’ dengan Israel dan Amerika Syarikat (AS) yang sehingga kini menafikan kedaulatan Palestin. United Kingdom (UK), Kanada, Australia dan Portugal pada Ahad mengumumkan pengiktirafan rasmi terhadap negara Palestin, ketika Israel semakin rakus melancarkan pencerobohan di Gaza dan…










