Putera William akui 2024 tahun paling sukar dalam hidupnya - Utusan Malaysia

Putera William akui 2024 tahun paling sukar dalam hidupnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Putera William mendedahkan bahawa tahun 2024 merupakan tempoh paling mencabar dalam hidupnya, ketika isterinya, Kate Middleton, dan ayahandanya, Raja Charles III, sama-sama menjalani rawatan kanser.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengakuan itu dibuat dalam rancangan The Reluctant Traveler yang dihoskan pelakon siri Schitt’s Creek, Eugene Levy. Dalam rakaman pratonton episod yang bakal disiarkan 3 Oktober di Apple TV+, William dilihat membawa Levy melawat Istana Windsor sebelum mereka berbual santai di sebuah pub.

“Saya boleh katakan 2024 adalah tahun paling sukar pernah saya lalui. Hidup ini menguji kita, dan kemampuan untuk mengatasinya adalah sesuatu yang membentuk siapa diri kita,” kata William.

Kate diumumkan bebas kanser pada Januari lalu, kini kembali aktif menghadiri lebih banyak acara rasmi.

Awal bulan ini, beliau bersama William memainkan peranan penting dalam sambutan negara bagi Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sempena lawatan negara beliau ke United Kingdom.

Raja Charles turut kembali menjalankan tugas awam selepas berehat beberapa bulan tahun lalu bagi memberi tumpuan kepada rawatan awal dan proses pemulihan.

Setakat ini, baginda berdua tidak mendedahkan jenis kanser yang dihidapi masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN