Protes ganas: 32 sekolah di Bandung laksana PJJ bermula 1 September - Utusan Malaysia

Protes ganas: 32 sekolah di Bandung laksana PJJ bermula 1 September

SEORANG anggota polis berdiri sambil memegang pembesar suara ketika bangunan pejabat Majlis Perwakilan Rakyat Daerah Wilayah Nusa Tenggara Barat dibakar oleh penunjuk perasaan di Mataram, Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDUNG: Sebanyak 32 sekolah rendah dan menengah di Kota Bandung diarahkan melaksanakan Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ) bermula hari ini, sebagai langkah pencegahan terhadap gangguan proses pembelajaran berikutan potensi demonstrasi yang dijangka berlaku.

Datuk Bandar Bandung, Muhammad Farhan, dalam satu sidang media di Balai Kota Bandung, Jalan Wastukencana semalam, menjelaskan keputusan itu diambil bagi memastikan keselamatan pelajar dan kelancaran proses pengajaran.

“Sebanyak 32 sekolah diwajibkan melaksanakan PJJ, manakala sekolah lain diberi kelonggaran untuk memilih sama ada meneruskan PJJ atau menjalankan sesi pembelajaran secara bersemuka,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan tempatan juga mengeluarkan arahan kepada semua sekolah agar memastikan pelajar tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh PJJ berlangsung.

Bagi pelajar yang masih hadir secara fizikal ke sekolah, mereka diwajibkan untuk pulang terus ke rumah sejurus sesi pembelajaran tamat.

Bagi menjamin keselamatan semua pihak terlibat, pihak berkuasa tempatan akan memperketat kawalan di kawasan sekitar sekolah. Polis dan anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) turut akan menjalankan rondaan berkala bagi memantau keadaan dan mengelak sebarang insiden yang tidak diingini.

Langkah ini diambil bagi melindungi pelajar, guru serta ibu bapa daripada sebarang risiko yang mungkin timbul akibat ketegangan sosial semasa.

Dalam perkembangan berkaitan, Farhan turut menegaskan bahawa tiada perubahan pada jadual kerja penjawat awam (ASN) di Kota Bandung. Semua kakitangan kerajaan akan meneruskan tugas seperti biasa, terutama mereka yang terlibat dalam perkhidmatan penting dan awam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN