Pekerja taska 'lalok' dipenjara dera 21 bayi

Pekerja taska ‘lalok’ dipenjara dera 21 bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang pekerja taska Jumaat dijatuhi hukuman penjara lapan tahun kerana melakukan siri serangan melampau dan sadistik terhadap beberapa bayi dan kanak-kanak jagaannya.

Dalam satu kejadian, Roksana Lecka, 22, dari London dilaporkan menendang muka seorang kanak-kanak lelaki beberapa kali.

Lecka yang mendakwa pengaruh kanabis mendorongnya melakukan jenayah tersebut, mengaku bersalah terhadap tujuh pertuduhan kekejaman ke atas individu bawah umur 16 tahun dan disabitkan selepas perbicaraan atas 14 pertuduhan lain.

Ketika menjatuhkan hukuman atas serangan terhadap 21 bayi, Hakim, Sarah Plaschkes berkata, tertuduh melakukan pelbagai tindakan keganasan melampau di dua taska London tempat dia bekerja.

“Awak mencubit, menampar, menumbuk, memukul dan menendang mereka. Awak menarik telinga, rambut dan jari kaki mereka. Awak juga menjatuhkan anak-anak kecil ini ke dalam katil bayi dengan bahagian kepala mereka dahulu.

“Sering kali kanak-kanak itu duduk diam atau bermain sendirian dengan tenang sebelum awak sengaja menyebabkan mereka kesakitan. Tingkah laku jenayah awak boleh digambarkan sebagai sadistik,” katanya.

Kekejaman Lecka terbongkar pada Jun 2024 selepas dia dilihat mencubit beberapa kanak-kanak.

Polis kemudian dipanggil dan mendapati banyak insiden dirakam dalam kamera litar tertutup (CCTV) taska.

Kenyataan impak mangsa yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi Kingston, London daripada ibu bapa mendedahkan mereka kecewa dan dipenuhi rasa bersalah akibat serangan itu.

“Kanak-kanak ini tidak berdosa dan lemah. Mereka tidak boleh bercakap, tidak boleh mempertahankan diri dan tidak boleh memberitahu kami sebagai ibu bapa yang sesuatu perkara buruk berlaku pada mereka.

“Mereka benar-benar tidak berdaya dan Lecka mengambil kesempatan ke atas mereka,” kata ibu mangsa kepada mahkamah.

Lecka dilaporkan meminta maaf kepada ibu bapa mangsa melalui sepucuk surat kepada mahkamah, di mana dia menyatakan dadah kanabis mengubah dirinya menjadi orang lain.

Dia mengalami ketagihan pada waktu kesalahan dilakukan, tetapi gagal dihidu pihak taska.

Dia dibebaskan daripada tiga lagi pertuduhan kekejaman terhadap kanak-kanak-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×