BAITULMUQADDIS: Pihak berkuasa Palestin mendakwa Israel menjalankan kerja penggalian rahsia di bawah kawasan Masjid al-Aqsa sehingga merosakkan artifak dan tinggalan sejarah Islam yang penting, termasuk peninggalan dari era pemerintahan Bani Umayyah. Dalam satu kenyataan rasmi, pihak berkuasa Palestin memaklumkan beberapa rakaman video bocor menunjukkan aktiviti penggalian tanpa kebenaran dilakukan oleh pasukan Israel di tapak yang sering menjadi titik ketegangan antara kedua pihak. “Pihak berkuasa Israel didakwa sengaja memusnahkan artifak Islam…










