Microsoft henti perkhidmatan kepada tentera Israel

Microsoft henti perkhidmatan kepada tentera Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Microsoft meng­hentikan beberapa per­khidmatan teknologinya kepada tentera Israel susulan siasatan dalaman yang mendapati syarikat itu dikaitkan dengan operasi pemantauan berskala besar terhadap rakyat Palestin.

Dalam kenyataan yang disiarkan di blog rasmi syarikat, Presiden Microsoft, Brad Smith, memaklumkan pihaknya sudah menghentikan dan menamatkan beberapa perkhidmatan kepada sebuah unit di bawah Kementerian Pertahanan Israel.

Tindakan itu diambil selepas laporan penyiasatan bersama oleh The Guardian dan majalah Israel, +972 pada awal Ogos lalu yang mendedahkan Unit Perisikan Tentera Israel, Unit 8200, menggunakan teknologi pengkomputeran awan Microsoft Azure untuk menyimpan berjuta-juta panggilan telefon rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat yang diduduki.

Microsoft sebelum ini mengumumkan pada 15 Ogos mereka menjalankan semakan dalaman terhadap dakwaan tersebut.

Smith berkata, Microsoft tidak pernah membekalkan teknologi untuk pemantauan besar-besaran terhadap orang awam dan prinsip ini diterapkan secara konsisten di seluruh dunia.

Menurutnya, siasatan dalaman itu melibatkan semakan ke atas rekod perniagaan, penyata kewangan, dokumen dalaman serta pelbagai rekod lain tanpa melibatkan akses kepada kandungan data yang disimpan.

Hasil siasatan mendapati terdapat bukti menyokong beberapa dapatan laporan media, termasuk penggunaan kapasiti storan Microsoft Azure di Belanda serta perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) oleh pihak berkaitan.

Berikutan itu, Microsoft memaklumkan kepada kerajaan Israel mengenai keputusan untuk menamatkan langganan tertentu yang melibatkan Kementerian Pertahanan, termasuk storan awan, perkhidmatan AI dan teknologi berkaitan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×