Israel mahu penjarakan Greta Thunberg di sel pengganas

Israel mahu penjarakan Greta Thunberg di sel pengganas

GRETA Thunberg (baju putih) berlepas dari Barcelona dengan Global Sumud Flotilla dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Israel merancang untuk menempatkan aktivis alam sekitar ter­kenal Greta Thunberg di sel tahanan khas pengganas selepas dia melancarkan misi kedua Freedom Flotilla menuju Gaza pada Isnin.

Thunberg, 22, berlepas da­ri Barcelona dengan Global Sumud Flotilla yang bertujuan menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza yang dilanda kebuluran susulan serangan balas Israel di wilayah berkenaan.

Beliau turut ditemani oleh pelakon Game of Thrones Liam Cunningham, bekas Datuk Bandar Barcelona Ada Colau, serta beberapa aktivis lain.

Langkah ini dibuat hanya beberapa minggu selepas Thunberg ditahan di perairan antarabangsa oleh pihak berkuasa Israel.

Cubaan pertamanya pada Jun lalu berakhir apabila kapal yang berlayar dari Itali dipintas tentera Israel di perairan antarabangsa, sebelum beliau dan 11 penumpang lain dibawa ke Israel. Mereka diberi pilihan sama ada diusir pulang atau ditahan.

Kini, puluhan kapal lain dijangka berlayar dari Tunisia dan beberapa pelabuhan Mediterranean pada 4 September untuk menyertai Global Sumud Flotilla yang berhasrat memecahkan kepungan Israel di Gaza.

Namun menurut laporan Israel Hayom, Menteri Ke­selamatan Negara Israel Itamar Ben-Gvir merancang mengemukakan cadangan kepada Perdana Menteri Benjamin Netanyahu agar aktivis terbabit ditahan dalam keadaan ketat setaraf pengganas di pusat tahanan Ktzi’ot dan Damon khusus untuk wanita.

Pelan itu juga dilaporkan melibatkan perampasan puluhan kapal yang kemudian akan digunakan bagi membentuk pasukan maritim untuk operasi polis.

“Selepas beberapa minggu di Ktzi’ot dan Damon, mereka pasti menyesal datang ke sini. Kita mesti hapuskan keinginan mereka untuk mencuba lagi,” tulis Israel Hayom memetik sumber rapat Ben-Gvir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN