GRAND BLANC: Sekurang-kurangnya empat orang maut dan lapan lagi cedera selepas seorang lelaki bersenjata melancarkan serangan terhadap sebuah gereja Mormon di Michigan pada Ahad. Penyerang dikenal pasti sebagai Thomas Jacob Sanford, 40, dipercayai merempuh bangunan gereja dengan trak sebelum melepaskan tembakan secara rambang menggunakan senapang separa automatik dan seterusnya membakar bangunan tersebut. Gereja terbabit musnah hampir sepenuhnya. Ketua Polis Grand Blanc, William Renye, berkata penyerang ditembak mati oleh polis dalam…