NEW YORK: Perbuatan memicit jerawat di kawasan wajah yang dikenali sebagai ‘Segitiga Maut’ iaitu kawasan antara pangkal hidung hingga ke kedua-dua penjuru mulut boleh mengundang komplikasi serius, termasuk jangkitan otak, lumpuh, strok dan kematian, menurut pakar perubatan. Amaran itu kembali menjadi tumpuan selepas seorang ibu muda, Lish Marie, tular di TikTok apabila berkongsi pengalaman ngeri selepas cuba memicit jerawat kecil di bawah lubang hidungnya menggunakan kuku. Dalam tempoh beberapa jam,…