Trump ugut kerah Pengawal Kebangsaan ke Baltimore

Trump ugut kerah Pengawal Kebangsaan ke Baltimore

ANGGOTA Pengawal Kebangsaan meronda di jalan ke-14, bersama polis Metro Washington DC, di ibu negara. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengugut untuk menghantar pasukan Pengawal Kebangsaan ke satu lagi kubu kuat Demokrat di bandar Baltimore, Maryland.

Langkah itu dibuat ketika beliau berusaha memperluaskan tindakan kerasnya terhadap jenayah dan imigresen.

Trump dalam kenyataan terbaharunya melabel Baltimore sebagai bandar ‘tidak terkawal dan sarat jenayah’, sekali gus mengundang kecaman pemimpin Demokrat termasuk Gabenor Maryland, Wes Moore.

“Jika Wes Moore perlukan bantuan, seperti Gavin Newsom di LA, saya akan hantar ‘tentera’ seperti yang dilakukan di DC, dan segera membersihkan jenayah,” tulis Trump di platform Truth Social.

Awal bulan ini, Trump menghantar pasukan Pengawal Kebangsaan ke Washington, dalam tindakan yang dikritik sebagai pengambilalihan kawalan polis persekutuan ke atas ibu negara.

Pada Jun, beliau turut mengarahkan hampir 5,000 anggota tentera ke Los Angeles bagi mengekang protes terhadap serbuan imigresen, langkah yang ditentang keras oleh Gabenor California, Gavin Newsom.

Media AS turut melaporkan, pentadbiran Trump kini merancang penempatan ribuan anggota Pengawal Kebangsaan ke Chicago, bandar ketiga terbesar negara itu, yang dijangka mencetuskan bantahan baharu daripada pemimpin Demokrat.

Pertelagahan Trump dengan Moore, yang berkulit hitam, dilihat semakin memuncak minggu ini apabila gabenor itu mengecam cadangan provokatif beliau untuk menghantar tentera ke Maryland.

Trump turut menggelar Moore sebagai ‘keji’ dan mengugut menarik balik dana persekutuan bagi membaiki jambatan runtuh.

Sementara itu, Pentagon enggan mengesahkan laporan Chicago bakal menerima penempatan tentera dalam masa terdekat.

Jumaat lalu, Trump memaklumkan Chicago dan New York, bandar utama ditadbir Demokrat, akan menerima penempatan pasukan Pengawal Kebangsaan seperti di Washington.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN