Tentera cetus kebakaran hutan, Britain bayar AS$4j kepada Kenya

Tentera cetus kebakaran hutan, Britain bayar AS$4j kepada Kenya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kerajaan Britain bersetuju membayar hampir AS$4 juta (RM16.9 juta) kepada ribuan mangsa kebakaran hutan yang tercetus ketika latihan tenteranya di Kenya pada 2021, menurut dokumen yang diperoleh CNN.

Penyelesaian itu dibuat selepas perbicaraan mah­kamah berlarutan antara komuniti tempatan dan kerajaan Britain.

Penduduk terjejas men­dakwa kebakaran di kawasan konservasi hidupan liar Lolldaiga, tengah Kenya menyebabkan masalah kesihatan jangka panjang, merosakkan harta benda dan mencemarkan alam sekitar.

Sebahagian mereka turut memaklumkan kehilangan ahli keluarga akibat penyakit yang dikaitkan dengan kebakaran yang memusnahkan lebih 10,000 ekar tanah di kawasan konservasi per­sendirian tersebut.

Kebakaran dipercayai bermula secara tidak sengaja ketika latihan ketenteraan oleh Unit Latihan Tentera Britain Kenya.

Unit tersebut menyiarkan rakaman video menunjukkan anggota tenteranya memadam api sambil mendakwa komuniti dan hidupan liar berjaya dilindungi.

Menurut perjanjian sulit yang dilihat CNN, Britain akan membayar pampasan kepada 7,723 penduduk Kenya yang mengemukakan tuntutan.

Bagaimanapun, penga­gihan pampasan itu tidak sama rata.

Ramai penerima kecewa apabila selepas empat tahun perjuangan di mahkamah, mereka hanya menerima sekitar 22,000 syiling Kenya (RM718) setiap seorang.

Seorang wakil rakyat tempatan berkata, penduduk kini merancang untuk mengadakan protes.

“Ia memang satu kejayaan kerana inilah kali pertama kami menang kes terhadap tentera Britain di Kenya.

Tetapi jumlahnya terlalu kecil, hampir tiada makna,” kata Ahli Parlimen Laikipia, Cate Waruguru.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN