Taliban bukan lagi kerajaan pemangku di Afghanistan

Taliban bukan lagi kerajaan pemangku di Afghanistan

ANGGOTA Taliban berarak meraikan ulang tahun keempat mereka mentadbir kerajaan Afghanistan di Mazar-i-Sharif kelmarin. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Selepas empat tahun mengambil alih pentadbiran Afghanistan, Taliban kini menghantar isyarat jelas kepada dunia iaitu kerajaan mereka bukan lagi bersifat sementara.

Pemimpin tertinggi Taliban yang berpengaruh namun jarang muncul di khalayak, Mullah Hibatullah Akhundzada mengarahkan semua pegawai kanan termasuk para menteri untuk menggugurkan gelaran pemangku daripada jawatan rasmi mereka, satu langkah besar untuk pengukuhan kuasa dan pengiktirafan dalaman terhadap pentadbiran mereka sebagai kerajaan tetap.

“Semua menteri dan ahli kabinet Emiriah Islam tidak lagi boleh menggunakan perkataan ‘pemangku’ dalam jawatan mereka,” menurut satu kenya­taan rasmi oleh Akhundzada.

Selepas Taliban menguasai Kabul pada Ogos 2021, kerajaan yang dibentuk hanyalah bersifat sementara, tanpa penyertaan wanita atau wakil pelbagai etnik.

Rakyat pada masa itu dijanjikan sebuah kerajaan inklusif dan struktur pentadbiran yang lebih terbuka, sama ada melalui pilihan raya atau mekanisme tradisional seperti Loya Jirga, majlis besar yang sering digunakan dalam sejarah Afghanistan untuk membuat keputusan penting.

Namun, dengan arahan terbaharu ini, penganalisis politik percaya harapan kepada perubahan struktur pentadbiran kini semakin pudar.

“Dekri ini kini menjadi undang-undang baru bagi kerajaan Taliban. Ia menggantikan perlembagaan dan menutup pintu kepada kemungkinan reformasi besar,” kata Abdul Saboor Mubariz, ahli Pusat Kajian Strategik dan Serantau di Kabul.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN