Mahu tunjuk kononnya perang berjaya, Israel tipu jumlah kematian anggota Hamas

Mahu tunjuk kononnya perang berjaya, Israel tipu jumlah kematian anggota Hamas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Ketika Israel bersiap melancarkan serangan baharu terhadap Gaza, satu pendedahan eksklusif mendedahkan tentera dan kerajaan Israel selama dua tahun ini menyampaikan maklumat mengelirukan kepada rakyat dan dunia apabila mendakwa jumlah anggota Hamas yang terbunuh jauh lebih tinggi daripada angka sebenar.

Siasatan bersama The Guardian, +972 Magazine, dan Local Call mendapati hanya 8,900 anggota Hamas dan Jihad Islam Palestin disenaraikan sebagai terbunuh atau mungkin terbunuh dalam pangkalan data sulit tentera Israel, berbanding angka 17,000 hingga 20,000 yang sering diumumkan secara terbuka.

Data menunjukkan setiap seorang anggota Hamas yang terbunuh, lima orang awam Palestin turut menjadi mangsa, memperkukuh dakwaan serangan kejam Israel sebenarnya menyasarkan orang awam, bukan kumpulan pejuang semata-mata.

“Kami ada papan pemuka interaktif yang cantik, tapi kami sendiri tidak faham apa sebenarnya tujuan perang ini,” dedah seorang anggota perisikan Israel.

Laporan juga mendedahkan angka korban anggota pejuang ini dijadikan “penanda aras kejayaan” oleh tentera, lengkap dengan ‘papan pemuka’ yang memaparkan jumlah kematian seperti permainan bola sepak, tanpa sebarang strategi jangka panjang untuk pasca-konflik di Gaza.

Tentera Israel dikatakan memperbesarkan jumlah korban anggota pejuang bagi menutup kegagalan keselamatan pada 7 Oktober 2023.

Namun, penganalisis antarabangsa memberi amaran pendekatan ini bukan sahaja tidak berkesan, malah memakan diri.

“Mereka mengira statistik yang salah. Apa makna kemenangan jika bilangan pejuang terus meningkat dan orang awam terus dibunuh?” kata seorang pegawai kanan tentera Barat.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu terus mendesak serangan baharu di Gaza City, kononnya untuk menumpaskan kubu terakhir Hamas.

Namun, bekas jeneral dan penggubal undang-undang Israel sendiri mula mempersoalkan dakwaan kerajaan. Mereka mendakwa angka korban anggota Hamas yang diumumkan dimanipulasi bagi memberi gambaran palsu kempen ketenteraan Israel berkesan.

“Ini satu penipuan paling serius dalam sejarah Israel,” kata Jeneral Bersara Itzhak Brik, bekas penasihat Netanyahu.

Walaupun banyak kawasan di Gaza menjadi musnah, majoriti pejuang tersenarai dalam pangkalan data Israel masih hidup.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN