Kes peras ugut: Prabowo pecat Timbalan Menteri Tenaga Kerja Indonesia - Utusan Malaysia

Kes peras ugut: Prabowo pecat Timbalan Menteri Tenaga Kerja Indonesia

Immanuel Ebenezer Gerungan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA:Presiden Indonesia, Prabowo Subianto memecat Timbalan Menteri Tenaga Kerja, Immanuel Ebenezer Gerungan, atau lebih dikenali sebagai Noel, selepas beliau menjadi suspek dalam kes peras ugut berkaitan pensijilan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (K3).

Kes itu timbul susulan laporan awam yang mendakwa berlaku kutipan bayaran haram untuk mendapatkan sijil K3 yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga Kerja.

Setiausaha Negara, Prasetyo Hadi, memaklumkan bahawa dekri pemecatan telah ditandatangani Presiden pada malam Jumaat.

“Kami menyerahkan sepenuhnya proses undang-undang kepada pihak berkuasa untuk dijalankan dengan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan, sambil menegaskan bahawa kes ini wajar menjadi pengajaran kepada semua ahli Kabinet dan penjawat awam.

Menurut Suruhanjaya Pembasmian Rasuah (KPK), Noel didakwa menerima rasuah berjumlah tiga bilion rupiah (kira-kira AS$185,000) serta sebuah motosikal mewah.

Pengerusi KPK, Setyo Budiyanto, berkata siasatan mendapati Noel bukan sahaja mengetahui tentang skim rasuah itu, malah membiarkannya dan mengambil keuntungan daripadanya. Skim tersebut menyaksikan bayaran pensijilan dinaikkan secara tidak sah daripada 275,000 rupiah (AS$16.80) kepada sebanyak enam juta rupiah (AS$368) setiap individu.

Syarikat yang enggan membayar dilaporkan berdepan kelewatan atau penolakan permohonan sijil mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN