‘Anak saya tidak pernah rasa buah, sayur’

‘Anak saya tidak pernah rasa buah, sayur’

SEORANG wanita bersama anaknya duduk di sebelah barangan mereka untuk berpindah ke utara Gaza City. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: ‘Anak saya yang berumur empat tahun tidak pernah rasa buah. Sayur pun dia tak kenal’.

Itu luahan pilu Reem Tawfiq Khader, ibu kepada lima anak dari Gaza, apabila kebuluran di wilayah itu disahkan secara rasmi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Laporan terbaharu yang disokong PBB mengesahkan kebuluran buatan manusia berlaku di Gaza City dan kawasan sekitarnya dengan lebih 500,000 orang dalam keadaan ‘bencana’ meliputi kebuluran, kemiskinan melampau dan kematian.

Rajaa Talbeh, 47, sudah kehilangan 25 kilogram (kg) berat badan sejak perang bermula dan dia kini tinggal di khemah lusuh bersama enam anaknya.

“Dulu ada badan amal bantu saya dapat makanan khas sebab saya tidak boleh makan gluten. Sekarang bukan sahaja tiada, saya tak mampu beli apa-apa pun.

“Setiap hari dibom, tiada rumah, tiada khemah yang lindungi kami daripada panas dan sejuk dan kini kelaparan pula,” katanya sebak.

Rida Hijeh, ibu muda berusia 29 tahun, berkongsi kisah paling menyayat hati apabila anak perempuannya, Lamia, hanya tinggal 10.5kg, hampir separuh berat asalnya sebelum perang.

“Tiada makanan langsung untuk dia. Sayur, buah, semuanya hilang dari pasaran.

“Kakinya bengkak, rambutnya gugur, saraf terganggu. Klinik hanya kata dia kekurangan zat makanan,” katanya.

Aseel, seorang lagi penduduk Gaza berkata, dia sendiri kehilangan 10kg berat badan dan kini kehabisan semua simpanan.

“Kami tak makan daging atau buah berbulan-bulan. Adik ipar saya baru bersalin dan cari susu formula dengan satu tin boleh cecah 180 shekel (RM100). Kami tak mampu,” ujarnya.

Menurut jururawat Britain, Mandy Blackman dari UK-Med, hampir 70 peratus wanita hamil dan ibu baru yang hadir ke klinik di Gaza mengalami malnutrisi klinikal.

“Bayi yang lahir lebih kecil, kurang berat, dan mudah jatuh sakit. Ini krisis kesihatan besar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN