WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menggesa Hamas menerima gencatan senjata selama 60 hari di Gaza, dengan mengatakan bahawa Israel telah bersetuju untuk memuktamadkan syarat perjanjian sedemikian.
“Israel telah bersetuju dengan syarat yang diperlukan untuk memuktamadkan 60 Hari Gencatan Senjata,” tulis Trump di Truth Social, sambil menambah bahawa wakil Qatar dan Mesir “akan menyampaikan cadangan terakhir ini” kepada Hamas.
“Saya berharap, demi kebaikan Asia Barat, Hamas mengambil Perjanjian ini, kerana ia tidak akan menjadi lebih baik – ia hanya menjadi lebih teruk,” tambahnya. – AFP