Trump kalah isu imigran di mahkamah persekutuan - Utusan Malaysia

Trump kalah isu imigran di mahkamah persekutuan

EJEN-ejen persekutuan menahan seorang penunjuk perasaan terhadap operasi imigresen oleh pentadbiran Trump di Minneapolis, Minnesota.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOSTON: Hakim persekutuan Amerika Syarikat (AS) kelmarin memutuskan dasar pentadbiran Presiden  Donald Trump yang menghantar pulang pendatang ke negara ketiga  tanpa memberi mereka peluang untuk membuat rayuan adalah tidak sah dan mesti dibatalkan.

Hakim daerah, Brian E. Murphy, bersetuju menangguhkan keputusan itu selama 15 hari untuk memberi masa kepada kerajaan mengemukakan rayuan berhubung keputusan penghakiman tersebut.

Beliau menjelaskan, mahkamah agung AS telah memutuskan memihak kepada pentadbiran tahun lalu dengan menangguhkan keputusan beliau sebelum in.

Katanya, iai kemudian membuka laluan untuk penerbangan membawa sejumlah pendatang ke Sudan Selatan yang dilanda perang.

Murphy menyatakan, pendatang yang mencabar dasar Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) berhak mendapat notis dan peluang untuk membantah sebelum dihantar ke negara ketiga.

Hakim merumuskan dasar itu menghapuskan cabaran yang sah terhadap pemindahan ke negara ketiga dengan melaksanakan pemindahan sebelum cabaran tersebut dapat dibangkitkan.

“Ini adalah undang-undang kita, mahkamah ini mengesahkan undang-undang tersebut dan prinsip asas negara, bahawa tiada seorang individu pun di negara ini boleh dinafikan nyawa, kebebasan atau harta, tanpa melalui proses perundangan sewajarnya,” kata Murphy.

Sebelun ini iaitu pada Jun tahun lalu, mahkamah agung mendapati pegawai-pegawai imigresen boleh menghantar pulang individu ke negara ketiga dengan segera.

Hakim  Sonia Sotomayor dan Ketanji Brown Jackson kemudian menentang keputusan itu, dengan menyatakan ia memberi layanan istimewa kepada kerajaan.

Murphy berkata, pentadbiran Trump berulang kali melanggar atau cuba melanggar perintah beliau.

Pada Mac lahun alu, beliau berkata jabatan pertahanan menghantar pulang sekurang-kurangnya enam imigran ke El Salvador dan Mexico tanpa melalui proses yang diwajibkan di bawah perintah sekatan sementara dikeluarkan Murphy.

DHS mengeluarkan panduan dasar baharu bagi pemindahan ke negara ketiga pada 30 Mac tahun lalu, dua hari selepas perintah Murphy. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×