Tahanan imigresen di AS diikat, dipaksa makan seperti binatang

Tahanan imigresen diikat, dipaksa makan seperti binatang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI: Beberapa pusat tahanan imigresen di selatan Florida didakwa melakukan pencabulan hak asasi manusia yang serius, termasuk insiden tahanan diikat tangan ke belakang dan dipaksa makan seperti binatang.

Laporan itu didedahkan oleh tiga pertubuhan hak asasi manusia, iaitu Human Rights Watch (HRW), Americans for Immigrant Justice, dan Sanctuary of the South selepas menemubual puluhan tahanan di tiga fasiliti tahanan imigresen di negeri itu sejak Januari lalu.

Antara kejadian mengejutkan ialah insiden di pusat tahanan imigresen di Miami, apabila puluhan lelaki ditempatkan dalam satu sel sempit selama beberapa jam tanpa diberikan makanan tengah hari sehingga 7 malam dan mereka masih dalam keadaan bergari ketika makanan dihidangkan di atas kerusi di hadapan mereka.

Di pusat pemprosesan perkhidmatan Krome North di barat Miami pula, tahanan wanita mendakwa mereka terpaksa menggunakan tandas secara terbuka di hadapan tahanan lelaki dan dinafikan akses kepada keperluan asas.

Disebabkan pusat itu terlalu sesak, beberapa tahanan dipaksa menunggu lebih 24 jam di dalam bas di kawasan parkir sebelum dimasukkan ke dalam fasiliti.

Ramai tahanan menceritakan mereka dipaksa tidur sehingga 12 hari di dalam bilik yang sangat sejuk dan sempit tanpa tilam atau selimut.

Tahanan di pusat tahanan Miami juga mendakwa petugas mematikan kamera keselamatan sebelum satu pasukan kawalan khas memukul tahanan yang memprotes kerana seorang rakan mereka batuk berdarah dan tidak menerima rawatan.

Peningkatan jumlah tahanan dan layanan buruk titu dikaitkan dengan dasar imigresen keras pentadbiran Presiden Donald Trump.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN