Serangan dikhuatiri berterusan, 40,000 penduduk di sempadan Thailand, Kemboja dipindahkan - Utusan Malaysia

Serangan dikhuatiri berterusan, 40,000 penduduk di sempadan Thailand, Kemboja dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Kementerian Luar Thailand mengumumkan penutupan semua pintu sempadan dengan Kemboja dan memberi amaran langkah pertahanan akan dipertingkatkan sekiranya serangan berterusan.

Seramai 40,000 penduduk dari 86 kampung di kawasan sempadan sudah dipindahkan ke lokasi lebih selamat.

Terdahulu, tentera Thailand mengesahkan penggunaan jet pejuang F-16 untuk menyerang sasaran ketenteraan di wilayah Kemboja, susulan insiden tembak-menembak berhampiran Kuil Ta Moan Thom pada pagi Khamis.

Jurucakap tentera Thailand, Richa Suksuwanon berkata, satu daripada enam jet F-16 yang dikerahkan melepaskan bom terhadap sasaran tentera Kemboja seperti yang dirancang.

Serangan berlaku selepas Kemboja didakwa menghantar dron pengawasan dan melepaskan tembakan roket BM-21 ke arah pos tentera Thailand, mencederakan dua anggota dan menyebabkan kematian dua orang awam di wilayah Surin.

Kemboja menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan tindakan Thailand sebagai serangan tidak berasas dan melanggar kedaulatan negara, sambil menegaskan bahawa pasukan mereka hanya bertindak balas secara pertahanan diri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN