TOKYO: Seorang pemuda di Jepun tular kerana memiliki dagu terpanjang di dunia, malah tidak malu untuk menggunakan keunikan tersebut bagi meraih populariti di media sosial. Pemuda yang dikenali sebagai Jonouchi itu mencipta fenomena apabila mempromosikan dirinya sebagai pempengaruh dengan dagu terpanjang di dunia sehingga membolehkan dirinya meraih hampir 350,000 pengikut setakat ini, selain turut memiliki lebih 400,000 pengikut di platform media sosial lain. Jonouchi mendedahkan, dagunya yang luar biasa panjang…