Negara BRICS tidak terkecuali tarif AS

Negara BRICS tidak terkecuali tarif AS

PRESIDEN Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva bercakap kepada media semasa Sidang Kemuncak BRICS di Rio de Janeiro, baru-baru ini. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarika (AS), Donald Trump memaklumkan negara ini akan mengenakan tarif sebanyak 10 peratus terhadap import dari negara-negara BRICS dalam masa terdekat.

Trump mengesahkan perkara itu dalam mesyuarat Kabinet di Rumah Putih pada hari Selasa dengan menyatakan cukai itu dalam proses.

“Sesiapa yang berada dalam BRICS akan dikenakan caj 10 peratus tidak lama lagi.

“Jika mereka adalah ahli BRICS, mereka akan dikenakan tarif 10 peratus dan mereka tidak akan kekal lama sebagai ahli,” katanya.

Keanggotaan BRICS berkembang tahun lalu melangkaui Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan untuk turut merangkumi negara seperti Iran dan Indonesia.

Para pemimpin BRICS dalam sidang kemuncak di Rio de Janeiro menyuarakan kritikan tidak langsung terhadap dasar ketenteraan dan perdagangan AS.

Ketika ditanya mengenai ancaman tarif oleh Trump, Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva ketika sidang kemuncak BRICS memberitahu dunia tidak memerlukan seorang maharaja.

“Kami tidak akan menerima sebarang aduan mengenai sidang kemuncak BRICS.

Kami tidak bersetuju dengan Presiden AS yang memberi bayangan beliau akan mengenakan tarif terhadap negara-negara BRICS,” kata Lula kepada wartawan di Brasilia.

Trump tidak memberikan tarikh khusus bila tarif BRICS itu akan bermula.

Pada hari Isnin, satu sumber yang arif mengenai perkara itu berkata pentadbiran Trump hanya akan mengenakan tarif sekiranya negara-negara tersebut mengamalkan dasar yang bersifat antiAmerika, membezakan antara tindakan dan kenyataan seperti yang dibuat oleh pemimpin BRICS pada hari Ahad.

Trump mendakwa BRICS di­tubuhkan untuk merosakkan kedudukan AS dan peranan dolar AS sebagai mata wang rizab dunia.

Katanya, beliau tidak akan membiarkan perkara itu berlaku.

“BRICS ditubuhkan untuk me­rendahkan nilai dolar kita dan menyingkirkan dolar… men­jadikannya bukan lagi standard.

“Dan tak mengapa jika mereka mahu main permainan itu, tapi saya juga boleh main permainan yang sama,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN