Empat maut, 26 cedera kebakaran besar di pusat telekomunikasi utama Kaherah

Empat maut, 26 cedera kebakaran besar di pusat telekomunikasi utama Kaherah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Satu kebakaran besar berlaku di sebuah pusat telekomunikasi utama di ibu negara Mesir, mengakibatkan gangguan ketara terhadap perkhidmatan telefon dan internet di seluruh bandar, menurut kenyataan dikeluarkan oleh Gabenor Kaherah.

Kementerian Kesihatan memaklumkan, seramai empat orang maut dan 26 lagi cedera dalam insiden berkenaan.

Kebakaran dipercayai bermula di tingkat tujuh bangunan pertukaran telefon bersejarah yang mempunyai 10 tingkat di pusat bandar Kaherah.

Seorang wartawan AFP melaporkan asap hitam tebal dapat dilihat dari kawasan kejadian.

Rakaman video yang dikongsi secara meluas di media sosial menunjukkan asap tebal keluar dari tingkat atas bangunan tersebut dan boleh dilihat dari beberapa kilometer jauhnya.

Menurut Gabenor Kaherah, Ibrahim Saber, kebakaran itu turut menyebabkan gangguan bekalan elektrik di kawasan sekitar.

Akhbar milik kerajaan, Al-Ahram turut melaporkan insiden tersebut menjejaskan perkhidmatan telefon dan internet di seluruh ibu negara.

Dalam kenyataan berasingan, Kementerian Penerbangan Awam menyatakan gangguan pada rangkaian telekomunikasi dan internet telah menyebabkan beberapa kelewatan kecil dalam jadual penerbangan di Lapangan Terbang Kaherah.

Bangunan pertukaran Ramses yang menjadi pusat utama rangkaian telekomunikasi negara memainkan peranan penting dalam infrastruktur internet dan telefon di Mesir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN