Protes sekat syarikat bekal senjata kepada Israel bertukar ganas, lima ditahan

Protes sekat syarikat bekal senjata kepada Israel bertukar ganas, lima ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Lima individu ditahan selepas protes terhadap sebuah syarikat Australia yang didakwa membekalkan senjata kepada Israel bertukar ganas, menurut satu kenyataan.

Penunjuk perasaan berkumpul di hadapan premis SEC Plating pada Jumaat, sebuah syarikat yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan salutan logam bagi pelbagai komponen pesawat tempur F-35, menurut kenyataan Parti The Greens New South Wales (NSW).

“Armada sekitar 40 buah F-35 milik Israel bergantung kepada rantaian bekalan global termasuk dari negara seperti Australia untuk meneruskan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin,” kata kenyataan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Polis Negeri NSW memaklumkan mereka sudah mengeluarkan arahan bersurai kepada kira-kira 60 penunjuk perasaan yang didakwa cuba menghalang akses pejalan kaki ke premis perniagaan tersebut.

Lima orang ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk mengingkari arahan polis dan melarikan diri daripada pihak berkuasa.

Kelima-lima mereka dibebaskan dengan ikat jamin bersyarat dan dijadualkan hadir ke Mahkamah Tempatan Bankstown pada 15 Julai ini.

Seorang wanita berusia 35 tahun mengalami kecederaan serius pada bahagian mata ketika ditahan.

Menurut kenyataan polis, wanita tersebut, bekas calon Parti Greens, Hannah Thomas mengalami kecederaan pada muka dan telah dibawa ke Hospital Bankstown untuk rawatan lanjut.

Gambar Hannah dengan mata bengkak dan wajah berdarah tersebar di media sosial dan beliau dibimbangi mungkin akan kehilangan penglihatan pada mata tersebut.

Ahli parlimen Greens dan jurucakap keadilan NSW, Sue Higginson menyifatkan tindakan polis sebagai ganas dan melampau.

“Ada persoalan besar tentang kesahihan tindakan pihak berkuasa terhadap ahli masyarakat yang sedang melaksanakan hak mereka untuk berhimpun secara aman pagi tadi,” katanya. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN