MUMBAI: Punca nahas pesawat Air India AI171 yang meragut lebih 265 nyawa pada petang Khamis belum dikenal pasti walaupun maklumat awal menunjukkan pesawat mengalami masalah sejurus berlepas, termasuk dentuman kuat yang didengar oleh satu-satunya mangsa terselamat. Tragedi itu mencatat sejarah hitam sebagai insiden pertama melibatkan nahas maut pesawat Boeing 787-8 Dreamliner sejak ia mula digunakan dalam penerbangan komersial pada 2011. Pesawat yang membawa 242 penumpang itu dikendalikan oleh juruterbang, Kapten…










