Perancis sedia bantu proses agihan bekalan di Gaza 

Perancis sedia bantu proses agihan bekalan di Gaza 

JEAN-NOEL BARROT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Perancis menyatakan kesediaan untuk membantu menjamin keselamatan proses agihan bekalan di wilayah Palestin susulan peningkatan jumlah kematian dalam kalangan orang awam di Gaza ketika mendapatkan bantuan makanan.

Menteri Luar Perancis, Jean-Noel Barrot berkata, negaranya, bersama-sama Eropah, bersedia untuk menyumbang kepada keselamatan dalam pengagihan makanan di Gaza.

Kenyataan beliau hadir ketika tekanan antarabangsa semakin memuncak terhadap insiden berdarah di pusat-pusat agihan makanan yang disokong Israel, di mana ratusan penduduk awam Palestin dilaporkan terbunuh akibat ditembak tentera rejim.

Barrot turut melahirkan kemarahan terhadap insiden yang mengorbankan lebih 500 nyawa di sekitar pusat agihan bantuan kendalian Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF) yang disokong Amerika Syarikat (AS) sejak beberapa minggu lalu. 

Katanya, sebarang inisiatif antarabangsa juga akan mengambil kira kebimbangan Israel terhadap risiko bantuan jatuh ke tangan kumpulan Hamas.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menolak laporan yang disiarkan oleh akhbar sayap kiri Haaretz mengatakan tentera diarahkan untuk menembak penduduk Palestin yang mencari bantuan kemanusiaan, menyifatkannya sebagai fitnah.

Pertubuhan bantuan Doctors Without Borders (MSF) pada Jumaat pula mengecam operasi agihan bantuan yang disokong Israel dan AS itu sebagai satu bentuk penyembelihan yang menyamar sebagai bantuan kemanusiaan.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres turut menggesa agar penduduk Gaza yang kelaparan tidak seharusnya berdepan hukuman mati hanya kerana mencari makanan.

Semalam, Tentera Israel mengarahkan rakyat Palestin mengosongkan kawasan di utara Gaza sebelum mempergiatkan pertempuran menentang Hamas, ketika Presiden AS, Donald Trump menyeru agar perang dihentikan di tengah-tengah usaha baharu untuk menjadi perantara gencatan senjata.

Ribuan penduduk Israel dilaporkan berhimpun di beberapa bandar utama termasuk Tel Aviv bagi menghidupkan semula demonstrasi mingguan menyokong perjanjian pembebasan tebusan dan memprotes cara kerajaan mengendalikan perang dengan Hamas.

“Perang dengan Iran berakhir melalui perjanjian. Perang di Gaza juga mesti tamat dengan cara yang sama melalui satu perjanjian yang membawa semua tebusan pulang,” kata Hostages and Missing Families Forum, badan utama yang mewakili keluarga mangsa, dalam kenyataan sempena perhimpunan itu.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN