Komander Iran didakwa maut serangan Israel muncul rai kemenangan di Teheran

Komander Iran didakwa maut serangan Israel muncul rai kemenangan di Teheran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Komander Pasukan Quds Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Brigedier Jeneral Esmail Qaani yang didakwa terbunuh dalam serangan Israel dilaporkan masih hidup dan dalam keadaan sihat ketika menghadiri sambutan kemenangan yang diadakan di Teheran, menurut laporan media tempatan.

Satu video yang disiarkan oleh Agensi Berita Tasnim menunjukkan Esmail berada dalam kalangan orang ramai di acara tersebut.

“Komander Esmail menghadiri perhimpunan rakyat Teheran hari ini selepas Operasi Kemenangan,” kata agensi itu dalam satu hantaran di platform X.

Saluran TV yang dibiayai kerajaan, Press TV turut menyiarkan video itu.

“Brigedier Jeneral Esmail Qaani, Komander Pasukan Quds IRGC, disambut hangat oleh orang ramai yang bersorak gembira di Teheran semasa sambutan kemenangan ke atas rejim Zionis Israel,” lapor saluran itu.

Awal bulan ini, akhbar New York Times melaporkan Esmail merupakan antara pegawai tentera Iran yang terbunuh dalam serangan udara Israel pada 13 Jun lalu.

Serangan udara itu menyasarkan pelbagai lokasi di Iran, termasuk kemudahan ketenteraan dan nuklear.

Sebagai tindak balas, Teheran melancarkan serangan peluru berpandu dan dron namun Amerika Syarikat (AS) turut menyertai konflik dengan mengebom tiga tapak nuklear Iran pada Ahad.

Semalam, selepas 12 hari pertempuran udara antara dua musuh ketat serantau itu, Presiden AS, Donald Trump mengumumkan satu gencatan senjata antara Israel dan Iran dalam usaha untuk menamatkan konflik tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN