Hujan lebat, banjir kilat ragut 45 nyawa di Pakistan - Utusan Malaysia

Hujan lebat, banjir kilat ragut 45 nyawa di Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Hujan lebat berterusan dan banjir kilat di seluruh Pakistan sejak bermulanya musim monsun meragut sekurang-kurangnya 45 nyawa.

Wilayah paling terjejas ialah Khyber Pakhtunkhwa yang bersempadan dengan Afghanistan dengan 21 kematian dilaporkan termasuk 10 kanak-kanak.

Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Wilayah, 14 mangsa maut di Lembah Swat di mana laporan media menyebut sekeluarga dihanyutkan oleh arus deras ketika berada di tebing sungai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Di wilayah Punjab, kawasan paling padat penduduk di Pakistan yang terletak di sempadan dengan India, 13 kematian direkodkan sejak Rabu.

Daripada jumlah itu, lapan adalah kanak-kanak yang maut akibat runtuhan bumbung dan dinding rumah, manakala selebihnya terkorban akibat banjir kilat.

Sebanyak 11 lagi kematian dicatatkan di wilayah Sindh dan Balochistan yang juga berpunca daripada hujan monsun dan banjir.

ADS:D

Perkhidmatan kaji cuaca negara memberi amaran bahawa risiko hujan lebat dan banjir kilat dijangka berterusan sehingga sekurang-kurangnya Sabtu ini dan meminta orang ramai berwaspada serta mengambil langkah berjaga-jaga.

Bulan lalu, sekitar 32 orang maut akibat ribut kuat yang melanda negara Asia Selatan itu. Pakistan turut mengalami beberapa kejadian cuaca ekstrem sepanjang musim bunga termasuk ribut hujan batu yang luar biasa.

Dengan populasi lebih 240 juta, Pakistan kini diiktiraf sebagai antara negara paling terdedah kepada kesan perubahan iklim dan rakyatnya semakin kerap terpaksa berdepan bencana alam yang melampau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN