AS, China runding isu dagangan di London 9 Jun ini

AS, China runding isu dagangan di London 9 Jun ini

tarif
DONALD Trump dan Xi Jinping.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Tiga penasihat utama Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan bertemu dengan wakil China di London pada Isnin ini dalam usaha menyelesaikan pertikaian perdagangan antara dua ekonomi terbesar dunia.

Trump mengumumkan Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent, Setiausaha Perdagangan, Howard Lutnick dan Wakil Perdagangan AS, Jamieson Greer akan mewakili Washington dalam rundingan tersebut.

Pengumuman itu dibuat menerusi platform Truth Social milik Trump, namun tiada butiran lanjut dikongsi setakat ini.

Identiti wakil dari pihak China masih belum didedahkan dan Kedutaan China di Washington belum memberikan sebarang kenyataan balas. Rumah Putih juga belum mengulas lanjut mengenai pertemuan tersebut.

“Mesyuarat ini dijangka berlangsung dengan baik,” kata Trump ringkas dalam hantaran beliau.

Dalam kenyataan berasingan pada Jumaat, Trump memaklumkan Presiden China, Xi Jinping bersetuju menyambung semula eksport mineral nadir bumi dan magnet ke AS, komponen penting dalam pelbagai industri teknologi dan pertahanan.

AS dan China kini berada di bawah tekanan untuk meredakan ketegangan yang boleh memberi impak besar kepada ekonomi global terutamanya berikutan dominasi China dalam pengeluaran dan eksport mineral nadir bumi yang penting.

Para pelabur turut bimbang dengan rancangan Trump untuk mengenakan tarif terhadap kebanyakan rakan dagang utama AS.

Sementara itu, China turut terjejas apabila bekalan beberapa import utama dari AS seperti perisian reka bentuk cip dan komponen loji nuklear dikurangkan.

Kedua-dua negara sebelum ini mencapai perjanjian sementara selama 90 hari pada 12 Mei di Geneva untuk menarik balik sebahagian tarif balas yang dikenakan sejak Trump mula memegang jawatan pada Januari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN