1.6 juta jatuh sakit setiap hari akibat keracunan makanan

1.6 juta jatuh sakit setiap hari akibat keracunan makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Setiap hari, seramai 1.6 juta orang di seluruh dunia jatuh sakit akibat mengambil makanan yang sudah tidak selamat untuk dimakan, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Badan itu turut menggesa tindakan global lebih kukuh bagi memastikan keselamatan makanan menerusi dasar dan amalan berasaskan sains.

“Keselamatan makanan adalah tanggungjawab bersama seluruh dunia,” kata Saintis Jabatan Pemakanan dan Keselamatan Makanan WHO, Simone Moraes Raszl dalam satu sidang media PBB di Geneva menjelang Hari Keselamatan Makanan Sedunia yang akan disambut pada Sabtu ini.

Beliau menegaskan, penyakit yang berpunca daripada makanan sebenarnya boleh dicegah dan kaedah sains untuk mencegahnya sudah pun wujud.

“Apa yang kita perlukan sekarang ialah tindakan yang bersepadu, berdasarkan bukti dan ia melibatkan semua pihak,” katanya.

Menurut Raszl, tanggungjawab untuk memastikan makanan selamat tidak terletak pada satu pihak sahaja, sebaliknya perlu digalas bersama oleh semua sektor masyarakat.

Katanya, penggubal dasar perlu melabur dalam peraturan berasaskan sains dan sistem data yang kukuh sementara syarikat-syarikat makanan pula harus mengamalkan piawaian keselamatan makanan yang ketat serta bersikap telus.

Jelasnya, institusi akademik juga perlu terus berinovasi dan mendidik manakala pengguna sendiri harus sentiasa peka dan mengamalkan pengendalian makanan yang selamat di rumah.

“Kita semua adalah pengurus risiko kerana jika makanan itu tidak selamat, ia bukan lagi makanan,” ujar beliau.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN