Russia serah terma damai selepas POW selesai

Russia serah terma damai selepas POW selesai

TAHANAN perang Ukraine yang dibebaskan turun dari bas di wilayah Chernihiv di utara Ukraine.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Russia memaklumkan akan menyerahkan syarat-syarat cadangan damai kepada Ukraine sebaik sahaja pertukaran tahanan perang (POW) besar-besaran selesai, namun enggan mendedahkan butiran syarat tersebut.

Pada Jumaat, kedua-dua negara menukar 390 tahanan masing-masing sebagai sebahagian daripada pertukaran lebih 1,000 orang yang dijadual berlangsung selama tiga hari.

Minggu lalu, pegawai Russia dan Ukraine mengadakan pertemuan secara langsung pertama dalam lebih tiga tahun yang diadakan di Istanbul.

Namun, Kremlin masih belum menunjukkan tanda akan mengurangkan tuntutan kerasnya, termasuk mendesak Ukraine melepaskan hasrat menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan menyerahkan wilayah yang kini masih di bawah kawalan Ukraine.

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov berkata, ketika ini pihaknya sedang menyediakan dokumen draf yang menggariskan syarat-syarat bagi mencapai perjanjian damai jangka panjang dan menyeluruh.

“Sebaik sahaja pertukaran tahanan perang selesai, kami akan bersedia untuk menyerahkan draf tersebut kepada pihak Ukraine,” katanya.

Presiden Smerika Syarikat (AS), Donald Trump yang berusaha menjadi perantara sejak mula memegang jawatan Januari lalu, masih gagal memujuk Kremlin membuat sebarang konsesi besar.

Sementara itu, Moscow terus mengabaikan tekanan dari Eropah untuk gencatan senjata tanpa syarat dan meneruskan serangan dron dan peluru berpandu di Kyiv semalam yang menyebabkan sekurang-kurangnya lapan orang cedera.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN