TOKYO: Satu ramalan dalam sebuah komik Jepun yang diterbitkan hampir 25 tahun lalu didakwa menjadi punca kepada kejatuhan mendadak dalam tempahan percutian ke Jepun, khususnya dari beberapa negara Asia. Manga yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1999 itu mencetuskan sensasi apabila kulit bukunya merujuk kepada satu ‘bencana besar’ yang akan berlaku pada Mac 2011, iaitu tarikh berlakunya gempa bumi dan tsunami dahsyat yang mengorbankan lebih 18,000 nyawa serta mencetuskan tragedi…










