Penduduk Bangkok paling gemuk di Thailand

Penduduk Bangkok paling gemuk di Thailand

Kajian terbaharu menunjukkan 56.1 peratus penduduk Bangkok mengalami obesiti perut. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Lebih 56 peratus penduduk Bangkok mengalami obesiti dengan bahagian perut buncit menjadikan mereka lebih berisiko menghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) berbanding penduduk di wilayah lain, kata Menteri Kesihatan Awam Thailand, Somsak Thepsutin.

Beliau mendedahkan statistik tersebut pada Ahad semasa pelancaran program berkaitan NCD di ibu negara yang bertujuan membincangkan mengapa penduduk Bangkok mencatat kadar lebih tinggi dalam penyakit diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung berbanding rakyat di kawasan lain di negara itu.

Kajian terbaharu menunjukkan 56.1 peratus penduduk Bangkok mengalami obesiti perut, jauh lebih tinggi berbanding purata kebangsaan sebanyak 39.4 peratus.

Selain itu, 12.5 peratus daripada penduduk ibu kota telah disahkan menghidap diabetes berbanding hanya 9.5 peratus di seluruh negara.

Menurut Somsak, kawalan terhadap penyakit tidak berjangkit kini menjadi keutamaan dalam agenda kesihatan awam kerana ia memberi kesan besar terhadap sistem penjagaan kesihatan serta kualiti hidup rakyat.

“Kita perlu tangani isu ini secara menyeluruh kerana trend ini memberi amaran tentang krisis kesihatan yang semakin ketara di bandar-bandar besar,” tegasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN