Lelaki terkejut kapal kontena tersadai di laman rumah

Lelaki terkejut kapal kontena tersadai di laman rumah

JOHAN Helberg berdiri di hadapan kapal kontena sepanjang 135 meter yang tersadai berhampran laman rumahnya di pesisir Trondheimsfjord di Byneset, Norway.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BYNESET: Seorang lelaki di Norway terkejut apabila mendapati sebuah kapal kontena sepanjang 135 meter tersadai di hadapan rumahnya, hanya beberapa meter dari bilik tidurnya.

Johan Helberg berkata, insiden itu berlaku sekitar pukul 5 pagi (waktu tempatan) kelmarin di Byneset, berhampiran Trondheim apabila kapal kargo NCL Salten yang berdaftar di Cyprus, terbabas dari laluan asal di Fjord Trondheim menuju ke Orkanger.

“Selepas bangun tidur, saya pergi ke tingkap dan sangat terkejut melihat ada sebuah kapal besar. Saya terpaksa mendongak untuk melihat bahagian atasnya. Ia sangat luar biasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kurang lima meter sahaja dari dinding bilik tidur saya. Anehnya saya tidak mendengar apa-apa sebelum itu. Ia ‘jiran baharu’ yang sangat besar,” katanya kepada Norwegian Broadcasting Corporation.

Kejadian itu hanya disedari selepas apabila jirannya, Jostein Jorgensen yang mendengar bunyi kapal itu meluru ke kawasan itu dan segera menghubungi Helberg.

Kapal itu membawa 16 anak kapal dan tiada kecederaan dilaporkan namun punca kejadian masih disiasat oleh pihak berkuasa Norway.

Pengarah urusan syarikat NCL, Bente Hetland, menyifatkan insiden itu sangat serius dan sedang menunggu hasil siasatan pihak berkuasa.

Menurut laporan, kapal sama pernah terkandas ke darat pada tahun 2023 namun berjaya berundur semula ke laut menggunakan kuasanya sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN