GAZA: Seorang pakar bedah Britain terkejut dengan tahap kemusnahan di sebuah hospital di Gaza dan tidak pernah melihat begitu banyak kecederaan akibat letupan, ketika Israel meningkatkan operasi ketenteraan di wilayah itu. Pengalaman itu dikongsikan anggota delegasi perubatan Britain, Victoria Rose, ketika melawat Hospital Nasser di Khan Younis, selatan Gaza. Rose, yang pernah bertugas di Gaza sebelum ini, mendedahkan melihat banyak kes melecur teruk, kecederaan biasa bagi mangsa letupan. “Saya tidak…










