LONDON: Peminat anak patung tular, Labubu meluahkan kemarahan selepas syarikat pengeluar Pop Mart menarik balik jualan mainan itu daripada semua 16 cawangannya di United Kingdom (UK) sehingga Jun ini. Pop Mart berkata, tindakan itu diambil untuk mengelakkan sebarang isu keselamatan susulan insiden pergaduhan dan kekecohan di kebanyakan cawangannya akibat permintaan yang tinggi. Seorang peminat, Victoria Calvert mengakui menyaksikan kekacauan di cawangan Stratford di London. “Orang ramai bergaduh dan menjerit, situasinya…











