BEIRUT: Israel menyerang selatan Beirut buat kali ketiga sejak gencatan senjata rapuh pada 27 November lalu, mendorong Presiden Lubnan, Joseph Aoun menggesa penjaminnya, Perancis dan Amerika Syarikat (AS) campur tangan. Wartawan AFP melaporkan melihat kepulan asap dari bangunan di kawasan kejiranan Hadath selepas serangan dilancarkan kelmarin. Terdahulu, tentera Israel mengeluarkan amaran kepada orang awam supaya mengosongkan kawasan kejiranan yang padat penduduk itu. “Amaran segera kepada mereka yang berada di kawasan…










