Padah cabar pengawal kelab malam, pelancong 'tumbang' dengan sekali tumbukan - Utusan Malaysia

Padah cabar pengawal kelab malam, pelancong ‘tumbang’ dengan sekali tumbukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PATTAYA: Seorang pelancong asing yang bersikap angkuh mendapat pengajaran memalukan selepas ditumbangkan dengan sekali tumbuk oleh pengawal keselamatan di luar sebuah kelab malam di Pattaya dengan video rakaman itu tular dalam media sosial.

Menurut laporan media tempatan, pelancong mabuk itu didakwa menimbulkan masalah di kawasan hiburan terkenal Pattaya semasa sambutan Songkran pada 14 April lalu.

Dia sebelum itu didakwa mengganggu pekerja wanita di sebuah bar sebelum mencurah bir ke atas kepala seorang pengawal.

Setelah diarahkan keluar dari premis, lelaki itu enggan beredar sebaliknya mencabar pengawal tersebut dengan menanggalkan baju dan mengajaknya bergaduh. Dalam rakaman video, pelancong yang dipercayai berbahasa Inggeris itu terus memprovokasi pengawal tersebut.

Tanpa menyedari pengawal itu sebenarnya mahir dalam seni bela diri Muay Thai, beberapa orang cuba menahan pengawal tersebut dan akhirnya menerima cabaran pelancong itu. Hanya dengan satu tumbukan tepat, pelancong tersebut rebah ke tanah.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila beberapa pekerja wanita dan pengawal lain turut menghampiri dan memukul lelaki itu ketika dia cuba bangun. Pergaduhan itu akhirnya dileraikan dan pelancong tersebut terpaksa pulang ke hotel dalam keadaan memalukan.

Nick Rizal, seorang saksi yang melihat kejadian itu di kawasan Soi 6, Pattaya, berkata pelancong tersebut memang sudah mencari masalah dengan mengganggu seorang daripada pekerja wanita di bar sebelum bersikap angkuh dan menimbulkan kekecohan.

“Pengawal sebenarnya cuba bersabar dan memintanya beredar, tetapi mencabar mereka bergaduh adalah idea yang buruk. Bagi pengawal itu, ia bukan sekadar tugas, tetapi soal maruah,” jelas Nick.

Polis Pattaya memanggil dua pengawal, seorang pengurus bar, dan pekerja wanita untuk memberi keterangan selepas video itu tular.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya