Zizie Izette bebas tiga tuduhan subahat terima rasuah RM2.8 juta

Zizie Izette bebas tiga tuduhan subahat terima rasuah RM2.8 juta

ZIZIE IZETTE ABDUL SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Balu kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada tiga pertuduhan bersubahat menerima rasuah berjumlah RM2.8 juta membabitkan pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad.

Keputusan itu dibuat Hakim Rosli Ahmad selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan bagi ketiga-tiga pertuduhan yang dihadapinya.

Beliau yang tiba di mahkamah pukul 8.30 pagi mengenakan sut kelabu gelap dengan penampilan kemas dan tenang.

Pada 3 Mei 2019, Zizie Izette, 48, didakwa bersubahat dengan Bung Moktar yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad, dengan memperoleh suapan wang tunai RM2.2 juta daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid, 38.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu sebagai upah bagi suaminya mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk Felcra Berhad membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad, di mana kesalahan itu dilakukan hasil daripada persubahatan tertuduh.

Bagi pertuduhan kedua, wanita itu didakwa bersubahat dengan Bung Moktar dengan memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM262,500 daripada individu sama, Madhi melalui akaun Public Islamic Treasures Growth Fund (PITGF) yang didaftarkan atas nama tertuduh bagi tujuan serupa.

Zizie Izette juga dituduh bersubahat dengan Bung Moktar dengan memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM337,500 daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Norhaili Ahmad Mokhtar, 42, melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) yang didaftarkan atas nama tertuduh bagi tujuan yang sama.

BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL…

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN