Hubungan pulih, Russia benarkan Taliban lantik duta di Moscow

Hubungan pulih, Russia benarkan Taliban lantik duta di Moscow

MENTERI Luar Russia, Dmitry Zhirnov mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi di Kabul pada 17 April lalu. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Russia mengumumkan mereka akan membenarkan pihak berkuasa Taliban di Afghanistan melantik seorang duta di Moscow iaitu sebagai langkah simbolik beberapa hari selepas negara itu mengeluarkan Taliban daripada organisasi pengganas.

Moscow mengambil langkah menormalkan hubungan dengan pentadbiran Islam Taliban sejak kumpulan itu memegang tampuk pentadbiran di Afghanistan pada 2021 selepas pengunduran tentera AS.

Kementerian Luar Russia menyatakan pegawai mereka sudah mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar dan Dalam Negeri Afghanistan.

“Wakil kepimpinan Afghanistan sudah dimaklumkan mengenai keputusan Mahkamah Agung Russia untuk menggantung larangan terhadap pergerakan Taliban, Russia juga memutuskan menaik taraf misi diplomatik Afghanistan di Moscow ke tahap duta,” menurut kenyataan rasmi.

Sebagai reaksi, Afghanistan mengucapkan terima kasih dan berysukur dengan sikap terbuka Russia.

Pemulihan hubungan Russia dengan Taliban bermula selepas Moscow melihat potensi kerjasama ekonomi dengan kumpulan itu selain banyak kepemimpinan Taliban menghadiri acara-acara penting di Russia dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun, keputusan Russia untuk mengeluarkan Taliban daripada organisasi pengganas tidak sama dengan pengiktirafan rasmi antarabangsa terhadap pentadbiran Taliban di Afghanistan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya