Dana segera RM200 juta baiki sekolah agama rakyat, maahad tahfiz - PM

Dana segera RM200 juta baiki sekolah agama rakyat, maahad tahfiz – PM

ANWAR Ibrahim berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi Bulan Januari 2026 di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan memperuntukan dana segera berjumlah RM200 juta pada tahun ini bagi melaksanakan pembaikan segera terhadap sekolah agama rakyat dan maahad tahfiz.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, lebih 300,000 pelajar di sekolah-sekolah berkenaan disifatkan berada dalam keadaan daif berbanding sekolah-sekolah lain di negara ini.

Dalam hal itu, beliau meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengadakan rundingan bersama sekolah terlibat berhubung perkara tersebut.

“Bila kita lihat laporan sekolah agama rakyat, keadaannya paling daif berbanding semua sekolah negara di negara kita. Walaupun ia tidak termasuk dalam skim sekolah ikut dasar pelajaran kebangsaan, tetapi ada lebih 300,000 pelajar daripada sekolah agama rakyat.

“Perdana Menteri terdahulu batalkan semua bantuan dan ini mendera anak-anak, jadi kita minta sekarang Jakim untuk runding dengan sekolah ini, baiki kurikulum, mutu pelajaran, mutu guru biar terlatih.

“Dan kita sediakan dana untuk memperbaiki kemudahan sekolah ini cecah ribuan ringgit, kita sediakan (dana) sekolah agama rakyat dan maahad tahfiz sebanyak RM200 juta peruntukan segera,” katanya ketika menyampaikan amanat Tahun 2026 pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Pada masa sama, Anwar berkata, kerajaan turut meningkatkan peruntukan terhadap Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) sebanyak RM80 juta berbanding hanya RM50 juta tahun lalu.

“Dan kita ada juga sekolah SJKC, itu dijalankan dana sekarang dan ada juga sekolah itu anak-anak bumiputera dan India, tanpa kecuali dulu kita sediakan RM50 juta, sekarang RM80 juta untuk SJKC.

“Bagi sekolah Tamil pula, walaupun jumlahnya kecil, tetapi ada sekoah itu daif dan kita sediakan RM50 juta,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN