Dua tahun sorok mayat bapa dalam almari elak tanggung kos pengebumian

Dua tahun sorok mayat bapa dalam almari elak tanggung kos pengebumian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Seorang lelaki di Jepun menyembunyikan mayat bapanya di dalam almari pakaian di rumah mereka selama hampir dua tahun selepas kematian warga emas itu, kerana tidak mampu menanggung kos pengebumian, lapor media tempatan.

Tindakan lelaki itu, Nobuhiko Suzuki, 56, terbongkar baru-baru ini, sekali gus mencetuskan siasatan polis.

Menurut laporan Fuji News Network, Suzuki yang mengusahakan sebuah restoran makanan Cina di Tokyo, tidak membuka premisnya selama seminggu, menyebabkan jiran-jiran bimbang lalu menghubungi pihak polis.

Sebaik polis tiba untuk membuat pemeriksaan, mereka menemui rangka manusia di dalam almari pakaian.

Suzuki dipercayai telah menyembunyikan mayat bapanya sejak lelaki itu meninggal dunia pada usia 86 tahun sekitar Januari 2023.

Walaupun punca kematian bapanya masih belum dapat dipastikan, Suzuki memberitahu pihak berkuasa bahawa beliau menemui bapanya sudah tidak bernyawa apabila pulang ke rumah pada hari kejadian.

“Kos pengebumian terlalu mahal,” katanya, ketika ditanya mengapa dia mengambil keputusan untuk menyembunyikan mayat tersebut.

Pihak berkuasa memaklumkan pada awalnya Suzuki berasa bersalah atas tindakannya, namun kemudian merasa sedikit lega dengan alasan bahawa bapanya bertanggungjawab terhadap kesulitan yang dialaminya.

Suzuki kini ditahan dan disiasat atas dakwaan menyalahgunakan wang pencen bapanya.

Kes ini mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna internet Jepun.

Ada yang berpendapat Suzuki mungkin berbuat demikian untuk terus menerima bayaran pencen, manakala ada juga yang menunjukkan rasa simpati, dengan menyatakan betapa rumitnya urusan pengebumian bagi mereka yang tidak berpengalaman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN