Penduduk Israel semakin 'menyampah' dengan kepemimpinan Netanyahu - Utusan Malaysia

Penduduk Israel semakin ‘menyampah’ dengan kepemimpinan Netanyahu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Ribuan rakyat Israel berhimpun dan berarak di Tel Aviv semalam bagi membantah keputusan kerajaan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu yang memecat ketua agensi perisikan dalaman Shin Bet serta menyambung semula operasi ketenteraan di Gaza.

Netanyahu mengumumkan awal minggu ini beliau telah hilang kepercayaan terhadap Ronen Bar, yang menerajui Shin Bet sejak 2021, dan akan memecatnya berkuat kuasa pada 10 April.

Keputusan itu mencetuskan protes selama tiga hari.

Mahkamah Agung Israel pada Jumaat mengeluarkan perintah sementara untuk membekukan pemecatan tersebut.

Netanyahu menafikan pemecatan Bar bermotifkan politik, namun pengkritiknya mendakwa langkah itu melemahkan institusi demokrasi Israel.

Dalam perkembangan berkaitan, Israel kembali berperang di Gaza minggu ini, menghancurkan gencatan senjata yang sebelum ini membolehkan pertukaran tebusan Israel yang ditahan Hamas dengan tahanan Palestin di penjara Israel.

Di Dataran Habima, di sini, para penunjuk perasaan mengibarkan bendera Israel sambil mendesak kerajaan mencapai perjanjian bagi membebaskan baki tebusan yang masih ditahan di Gaza.

Sejak perang bermula, keluarga dan penyokong tebusan yang diculik Hamas pada serangan 7 Oktober kerap mengadakan demonstrasi, yang kadangkala turut mengkritik kerajaan.

Dengan operasi ketenteraan Israel bersambung semula, nasib 59 tebusan termasuk 24 yang dipercayai masih hidup terus menjadi tanda tanya.

Para penunjuk perasaan bimbang mereka mungkin terbunuh, sama ada di tangan penculik atau akibat serangan udara Israel sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya