WASHINGTON: China kekal menjadi ancaman ketenteraan dan siber terbesar kepada Amerika Syarikat (AS), malah keupayaan Beijing untuk menawan Taiwan dikhuatiri semakin kukuh. Berdasarkan laporan agensi perisikan AS, China mempunyai keupayaan untuk menyerang AS dengan pelbagai aset ketenteraan konvensional, menjejaskan infrastruktur negara ini melalui serangan siber dan mengancam aset Washington di angkasa lepas. Laporan Penilaian Ancaman Tahunan itu menyebut Beijing ketika ini berusaha keras untuk menggantikan AS sebagai kuasa kecerdasan buatan…