Tiga maut, 74 cedera bumbung medan selera runtuh

Tiga maut, 74 cedera bumbung medan selera runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIMA: Sekurang-kurangnya tiga orang maut dan lebih 74 lagi cedera selepas bumbung medan selera di pusat membeli-belah yang sibuk runtuh di utara Peru, lapor pihak berkuasa.

Menurut pegawai kesihatan kerajaan tempatan, Anibal Morillo, jumlah mangsa yang cedera meningkat kepada 74 berbanding laporan awal hanya 20 orang.

“Setakat ini kami mempunyai tiga yang maut, dua lelaki dan seorang wanita.

“Kami telah memindahkan 74 yang cedera ke hospital dan klinik, 10 daripadanya adalah kanak-kanak. Terdapat 11 orang yang parah,” katanya.

Berpuluh-puluh keluarga berada di medan selera pusat beli-belah itu apabila bumbungnya tiba-tiba runtuh, menurut laporan media tempatan.

Runtuhan berlaku di kompleks beli-belah Real Plaza di Trujillo, bandar ketiga terbesar di negara itu yang terletak kira-kira 500 kilometer di utara ibu kota Lima.

Pencarian mangsa yang terselamat sedang dijalankan, dengan lebih 100 anggota bomba dan pegawai polis mencari melalui serpihan.

“Ada kanak-kanak terperangkap di bawah struktur logam bumbung,” kata Morillo kepada penyiar Panamericana.

Menteri Dalam Negeri, Juan Jose Santivanez menganggarkan kawasan bumbung yang runtuh adalah 700 hingga 800 meter persegi.

“Kami memerlukan kren hidraulik untuk mengangkat sebahagian bumbung yang masih belum dialihkan kerana ia sangat berat dan kami akan berusaha untuk meneruskan operasi menyelamat bagi mereka yang mungkin terperangkap,” katanya kepada saluran televisyen Canal N.

Menurut Pusat Operasi Kecemasan Wilayah, runtuhan berlaku pada pukul 8.41 malam (waktu tempatan), tetapi hanya dilaporkan kira-kira setengah jam kemudian.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN