Tentera Israel berundur dari Koridor Netzarim

Tentera Israel berundur dari Koridor Netzarim

TENTERA Israel memandu melepasi bangunan yang musnah di Rafah di Semenanjung Gaza.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Ratusan penduduk Palestin mula kembali ke utara Gaza selepas tentera Israel berundur dari Koridor Netzarim, zon ketenteraan yang memisahkan bahagian utara daripada selatan wilayah.

Pengunduran pasukan rejim selaras dengan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas pada 19 Januari lalu, di mana setakat ini 16 tebusan dan 566 tahanan Palestin dibebaskan.

Menjelang akhir fasa pertama gencatan senjata dalam tempoh tiga minggu, seramai 33 tebusan dan 1,900 tahanan dijangka dibebaskan.

Israel mendakwa, lapan daripada 33 tebusan itu sudah meninggal dunia.

Sejak perang Israel, sekurang-kurangnya 48,189 rakyat Palestin terbunuh, selain dua pertiga daripada bangunan di Gaza rosak atau musnah akibat serangan rejim.

Kira-kira 700,000 penduduk utara Gaza melarikan diri ke kawasan selatan pada awal perang, selepas tentera Israel mengeluarkan arahan pemindahan besar-besaran sebelum melancarkan serangan darat ke wilayah Palestin itu.

Ramai yang terpaksa berpindah berkali-kali selepas tentera Israel memperluaskan serangan ke kawasan selatan.

Mereka juga dihalang daripada kembali ke kediaman melalui Koridor Netzarim, melibatkan sempadan Gaza-Israel hingga ke Laut Mediterranean.

Pasukan Israel sebahagiannya berundur dari barat koridor bulan lalu, dan kumpulan pertama rakyat Palestin dibenarkan berjalan kaki melalui sepanjang Jalan Rashid untuk melintasi ke utara Gaza.

Sementara, mereka yang menaiki kenderaan perlu menggunakan Jalan Salah al-Din dan menjalani pemeriksaan senjata oleh kontraktor keselamatan dari Amerika Syarikat (AS) dan Mesir.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) belum memberikan sebarang komen mengenai pengunduran tentera dari bahagian timur koridor semalam, yang akan membolehkan mereka terus mengawal sempadan Gaza tetapi tidak lagi menguasai jalan yang sebelum ini memisahkan wilayah tersebut.

Pengunduran tentera berlaku ketika delegasi Israel dijangka berlepas ke Qatar, yang menjadi pengantara rundingan antara kedua-dua pihak dalam perang Gaza.– BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×