VIENNA: Seorang remaja berusia 14 tahun maut, manakala lima lagi cedera dalam serangan pisau yang berlaku di Villach, selatan Austria. Susulan itu, polis Austria telah menahan seorang lelaki Syria berusia 23 tahun di tempat kejadian, dipercayai seorang pencari suaka yang mempunyai permit kediaman sementara. Dua daripada lima mangsa yang cedera dilaporkan dalam keadaan serius dan polis turut mengesahkan bahawa serangan itu dilakukan oleh seorang individu sahaja, walaupun laporan awal menyebut…










